Sunday, June 28, 2009

Kenapa Melabur dalam Emas?

Pada kali ini saya akan postkan article menarik dari Aisyah Humairah untuk dikongsi bersama betapa pentingnya melabur dalam emas tika ini.....rata-rata ramai beranggapan emas ini sebagai alat perhiasan, pelaburan dan hadiah dan sebagainya. Tapi tahukah anda fungsi emas ini sebenarnya lebih daripada itu. Ia merupakan pelindung kepada aset yang kita ada. Ikuti catatan daripada Aisyah, dipetik dari http://as-syams.com/v1/

"Berbicara mengenai EMAS mengingatkan kita kembali bahawa kekayaan sebenar terletak kepada EMAS dan PERAK,bukannya pada wang kertas.Sebenarnya tujuan utama melabur atau membeli emas bukan sekadar mendapat keuntungan ke atas modal tetapi juga melindungi nilai asset anda daripada penyakit klasik zaman berzaman iaitu inflasi dan deflasi.Sejarah menunjukkan,apabila berlaku inflasi harga emas akan naik,US Dollar dan matawang dunia hilang nilai maka harga semas akan naik,apabila harga barang keperluan harian naik harga emas turut naik, apabila harga petrol naik harga emas pun naik.Harga emas akan kembali stabil jika US Dollar mengalami pengukuhan. Daripada fenomena tersebut jelas dibuktikan bahawa emas adalah produk pelaburan yang dapat melindungi nilai daripada inflasi dan deflasi.
Emas pada prinsipnya adalah satu pelaburan jangka panjang,tetapi perlu diperhatikan jika ekonomi dan politik stabil,jarang sekali harga emas meningkat secara mendadak.Pergerakkannya konstan dengan tingkat perubahan yang mudah dijangkakan.Tetapi pada ketika ini kemungkinan harga emas turun juga amat tipis kerana ada kesepakatan dan kesefahaman daripada beberapa Bank Negara didunia yang bergabung didalam CBGA (Central Bank Gold Agreement) supaya harga emas tidak diletakkan sembarangan harga dan umumnya harga emas secara relatifnya stabil.Secara umumnya,emas menjadi pilihan pada waktu berikut : -

1. Kegagalan Bank
Apabila US Dollar ditukarkan sepenuhnya kepada emas,kedua duanya dianggap wang.Ramai orang lebih suka membawa wang kertas daripada sesuatu yang lebih berat seperti syiling emas.Jika orang ramai takut bank mereka akan gagal,istilah "bank Run"atau huru hara dibank akan berlaku.Ini telah terjadi di Amerika pada zaman dikenal sebagai "Great Depression" pada 1930-an, memaksa Presiden Roosevelt mengumumkan pelan kecemasan mengharamkan simpanan emas oleh rakyat Amerika dikenali sebagai "Executive Order 6102" yang kina tidak berkuatkuasa lagi.

2. Kadar Faedah yang Kurang @ Negatif
Jika keuntungan daripada bond,ekuiti dan hartanah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan risiko dan inflasi maka permintaan kepada emas serta pelaburan alternatif lain seperti komoditi akan meningkat.Contoh nya pada satu tempoh dikenali sebagai "Stagflation" uang berlaku pada 1970-am yang mewujudkan "Economic Bubble" atau permintaan luarbiasa kepada logam berharga.

3. Perang,Penakhlukan dan Krisis
Sewaktu berlaku krisis nasional , orang ramai takut aset mereka akan dibekukan dan matawang tidak bernilai lagi.Mereka melihat emas sebagai aset ketara yang boleh membeli makanan atau pengangkutan.Ketika berlaku ketidakpastian ,terutamanya jika akan berlaku perang,permintaan kepada emas akan meningkat.

Jenis Jenis Pelabur
Pelabur membeli emas kerana berbagai sebab. Keinginan untuk mempelbagaikan aset , menyorokkan kekayaan daripada dikenakan cukai oleh pihak berkuasa, untuk kepentingan fahaman politik atau ketakutan berlaku kegawatan ekonomi atau krisis serius yang lain.

Saturday, June 27, 2009

Salam sejahtera kepada para pembaca, sudah agak lama juga saya tidak dapat update blog. Ini kerana 3-4 hari yg lepas, saya menghadiri bengkel penting di universiti dan diikuti dgn masalah pada computer saya sehingga ianya trpaksa diformat smula. Anda smua tahu kan tensionnya jika computer di format kembali.

Walaubagaimanapun dalam tempoh itu sempat juga saya melihat chart emas Cuma kurang masa utk menganalisis. Pada minggu lepas harga emas menunjukkan peningkatan agak ketara daripada RM3458/oz ke RM3515/oz (24/6 – 26/6), berdasarkan harga syiling kijang emas maybank. Saya berpendapat ia akan terus naik sehingga membentuk 2 candle bull lagi, sebelum price membuat correction, dan dijangka downtrend akan berterusan pada minggu hadapan memandangkan trend mingguan sudah ke tahap harga resistance ke 3.

Ini disokong oleh berita fundamental yang berlaku seperti di website ini;
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601213&sid=aiNqzWPdy_lc

Ekstrak berita dari berita Bloomberg;
“June 26 (Bloomberg) -- Gold may advance on speculation record-low U.S. interest rates will increase demand for the precious metal as an alternative investment.
Thirteen of 23 traders, investors and analysts surveyed by Bloomberg News, or 57 percent, said bullion would gain next week. Four people forecast lower prices and six were neutral. Gold futures for August were little changed for the week, at $936.40 an ounce, as of 12:30 p.m. in New York yesterday.
The Federal Reserve on June 24 held its key-rate target at zero to 0.25 percent and said it would keep rates at “exceptionally low levels” for an “extended period” and maintain the size and pace of its $1.75 trillion bond-purchase program. U.S. jobless claims unexpectedly rose last week, the Labor Department said yesterday. “
So itu hanya sekadar ramalan sebab kata guru saya, bentuk chart ini menunjukkan emosi pasaran, so sometimes ramalan itu tepat, sometimes tersasar, mngkin disebabkan news release / event tertentu yg di luar jangkaan kita berlaku sehingga mempengaruhi harga emas dunia. Apa-apahal kita nantikan keputusannya minggu hadapan.

So jika anda ingin membeli emas fizikal, saya kira waktu ini pun boleh juga anda membeli emas untuk disimpan, tetapi untuk mendapatkan keuntungan capital daripada emas yg anda miliki berdasarkan teori “buy low sell high”, saya berpendapat waktu ini kurang sesuai kerana harga masih lagi belum capai tahap terendah. Saya tak pasti bila ia akan berlaku, tetapi kita lihat minggu hadapan bagaimana reaksi pasaran.

So apa plan anda utk cuti hujung minggu kali ini??

Jika dapat, bercutilah buat sementara waktu ini di dalam negara kita dahulu, memandangkan tahap keseriusan wabak H1N1 ini semakin membimbangkan kita…..setiap hari kes H1NI baru dikesan, dan kebanyakannya datang daripada kes pelancongan (import).

Saturday, June 20, 2009

Salam dan selamat sejahtera, dalam post kali ini saya ingin mengulas post saya yang lepas. Pengalaman saya bertanyakan ramai orang berkenaan pelaburan emas, ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya dalam menjana pulangan yang menarik setanding malah ada ketikanya lebih baik dari ASB dan Saham Amanah.
Walaubagaimanapun hasil "research"ilmu emas ini memang terbukti benar. Kebetulan saya ada pengalaman dalam membaca arah harga pasaran di awal pembabitan saya dalam bidang forex. Maka saya aplikasikan ilmu membaca carta pasaran forex ke dalam pasaran emas. Hasil analisis ini, boleh dilihat pada arah gerakan pasaran emas yang mula trend menaik pada bulan Mei 2009. Perhatikan carta pasaran emas dunia di bawah;

Pada 5 / 5 / 2009 harga emas dunia ialah pada USD896.82 / oz.
Juga bersamaan dengan :
(USD 896.82 / 31.1 gram) = USD 28.836 / gram

Convert to duit Malaysia katakan pada rate 1 USD = RM3.54 maka……USD 28.836 = RM 102.07 / gram

Harga jualan Syiling Kijang Emas pada 6 / 5 / 2009 ialah ……RM 3349 / oz iaitu (3349/31.1) RM107.68 / gram



Oleh kerana itu adalah harga terendah pada musin downtrend ini maka kita pun belilah Syiling Kijang Emas seberat 100 gram emas 999…..So modal anda adalah (RM 107.68 x 100 gram) iaitu RM 10768


Kemudian,

Pada 5/6/2009 harga emas telah sampai ke kemuncak ketinggiannya,
so…….pada masa itu pricenya USD 960.53 / oz

Juga bersamaan dengan (USD 960.53 / 31.1) = USD 30.89 / gram

Convert to duit Malaysia pada rate ketika itu adalah katalah 1 USD = RM3.42, Maka USD 30.89 = RM105.64 / gram

Harga Syiling Kijang Emas pada 8/6/09 adalah RM3551 / oz ataupun
RM 114.18 / gram

Bermakna dalam tempoh baru SEBULAN JER……keuntungan setiap gram adalah (RM114.18 – RM107.68)= RM 6.50 / gram,

So, pada 8/6/09 boleh jualkan balik semua 100 gram syiling kijang emas yg ada dlm simpanan, ataupun jual keuntungan sahaja.

Jadi berapa jumlah keuntungan pada 8/6/09 iaitu (RM6.50 x 100 gram) = RM650 !!!!

So dapatlah profit RM650 dalam tempoh sebulan iaitu keuntungan sebanyak ( [650/10768]x 100) iaitu 6.03 % SEBULAN!!!
Itu belum lagi kalau kita bermodalkan membeli 1 kg emas, keuntungan RM6500 dalam sebulan je!!

So...pembaca sekelian, sape kata Pelaburan Emas tak muaaaaaai..

Tapi itulah, pulangan sebegini hanya akan diperolehi jika sekiranya kita cukup ilmu tentang pelaburan emas ini, mengetahui "timing" terbaik untuk membeli dan menjual emas adalah penting dalam pelaburan emas ini...