Saturday, June 20, 2009

Salam dan selamat sejahtera, dalam post kali ini saya ingin mengulas post saya yang lepas. Pengalaman saya bertanyakan ramai orang berkenaan pelaburan emas, ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya dalam menjana pulangan yang menarik setanding malah ada ketikanya lebih baik dari ASB dan Saham Amanah.
Walaubagaimanapun hasil "research"ilmu emas ini memang terbukti benar. Kebetulan saya ada pengalaman dalam membaca arah harga pasaran di awal pembabitan saya dalam bidang forex. Maka saya aplikasikan ilmu membaca carta pasaran forex ke dalam pasaran emas. Hasil analisis ini, boleh dilihat pada arah gerakan pasaran emas yang mula trend menaik pada bulan Mei 2009. Perhatikan carta pasaran emas dunia di bawah;

Pada 5 / 5 / 2009 harga emas dunia ialah pada USD896.82 / oz.
Juga bersamaan dengan :
(USD 896.82 / 31.1 gram) = USD 28.836 / gram

Convert to duit Malaysia katakan pada rate 1 USD = RM3.54 maka……USD 28.836 = RM 102.07 / gram

Harga jualan Syiling Kijang Emas pada 6 / 5 / 2009 ialah ……RM 3349 / oz iaitu (3349/31.1) RM107.68 / gram



Oleh kerana itu adalah harga terendah pada musin downtrend ini maka kita pun belilah Syiling Kijang Emas seberat 100 gram emas 999…..So modal anda adalah (RM 107.68 x 100 gram) iaitu RM 10768


Kemudian,

Pada 5/6/2009 harga emas telah sampai ke kemuncak ketinggiannya,
so…….pada masa itu pricenya USD 960.53 / oz

Juga bersamaan dengan (USD 960.53 / 31.1) = USD 30.89 / gram

Convert to duit Malaysia pada rate ketika itu adalah katalah 1 USD = RM3.42, Maka USD 30.89 = RM105.64 / gram

Harga Syiling Kijang Emas pada 8/6/09 adalah RM3551 / oz ataupun
RM 114.18 / gram

Bermakna dalam tempoh baru SEBULAN JER……keuntungan setiap gram adalah (RM114.18 – RM107.68)= RM 6.50 / gram,

So, pada 8/6/09 boleh jualkan balik semua 100 gram syiling kijang emas yg ada dlm simpanan, ataupun jual keuntungan sahaja.

Jadi berapa jumlah keuntungan pada 8/6/09 iaitu (RM6.50 x 100 gram) = RM650 !!!!

So dapatlah profit RM650 dalam tempoh sebulan iaitu keuntungan sebanyak ( [650/10768]x 100) iaitu 6.03 % SEBULAN!!!
Itu belum lagi kalau kita bermodalkan membeli 1 kg emas, keuntungan RM6500 dalam sebulan je!!

So...pembaca sekelian, sape kata Pelaburan Emas tak muaaaaaai..

Tapi itulah, pulangan sebegini hanya akan diperolehi jika sekiranya kita cukup ilmu tentang pelaburan emas ini, mengetahui "timing" terbaik untuk membeli dan menjual emas adalah penting dalam pelaburan emas ini...




No comments:

Post a Comment