Sunday, June 28, 2009

Kenapa Melabur dalam Emas?

Pada kali ini saya akan postkan article menarik dari Aisyah Humairah untuk dikongsi bersama betapa pentingnya melabur dalam emas tika ini.....rata-rata ramai beranggapan emas ini sebagai alat perhiasan, pelaburan dan hadiah dan sebagainya. Tapi tahukah anda fungsi emas ini sebenarnya lebih daripada itu. Ia merupakan pelindung kepada aset yang kita ada. Ikuti catatan daripada Aisyah, dipetik dari http://as-syams.com/v1/

"Berbicara mengenai EMAS mengingatkan kita kembali bahawa kekayaan sebenar terletak kepada EMAS dan PERAK,bukannya pada wang kertas.Sebenarnya tujuan utama melabur atau membeli emas bukan sekadar mendapat keuntungan ke atas modal tetapi juga melindungi nilai asset anda daripada penyakit klasik zaman berzaman iaitu inflasi dan deflasi.Sejarah menunjukkan,apabila berlaku inflasi harga emas akan naik,US Dollar dan matawang dunia hilang nilai maka harga semas akan naik,apabila harga barang keperluan harian naik harga emas turut naik, apabila harga petrol naik harga emas pun naik.Harga emas akan kembali stabil jika US Dollar mengalami pengukuhan. Daripada fenomena tersebut jelas dibuktikan bahawa emas adalah produk pelaburan yang dapat melindungi nilai daripada inflasi dan deflasi.
Emas pada prinsipnya adalah satu pelaburan jangka panjang,tetapi perlu diperhatikan jika ekonomi dan politik stabil,jarang sekali harga emas meningkat secara mendadak.Pergerakkannya konstan dengan tingkat perubahan yang mudah dijangkakan.Tetapi pada ketika ini kemungkinan harga emas turun juga amat tipis kerana ada kesepakatan dan kesefahaman daripada beberapa Bank Negara didunia yang bergabung didalam CBGA (Central Bank Gold Agreement) supaya harga emas tidak diletakkan sembarangan harga dan umumnya harga emas secara relatifnya stabil.Secara umumnya,emas menjadi pilihan pada waktu berikut : -

1. Kegagalan Bank
Apabila US Dollar ditukarkan sepenuhnya kepada emas,kedua duanya dianggap wang.Ramai orang lebih suka membawa wang kertas daripada sesuatu yang lebih berat seperti syiling emas.Jika orang ramai takut bank mereka akan gagal,istilah "bank Run"atau huru hara dibank akan berlaku.Ini telah terjadi di Amerika pada zaman dikenal sebagai "Great Depression" pada 1930-an, memaksa Presiden Roosevelt mengumumkan pelan kecemasan mengharamkan simpanan emas oleh rakyat Amerika dikenali sebagai "Executive Order 6102" yang kina tidak berkuatkuasa lagi.

2. Kadar Faedah yang Kurang @ Negatif
Jika keuntungan daripada bond,ekuiti dan hartanah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan risiko dan inflasi maka permintaan kepada emas serta pelaburan alternatif lain seperti komoditi akan meningkat.Contoh nya pada satu tempoh dikenali sebagai "Stagflation" uang berlaku pada 1970-am yang mewujudkan "Economic Bubble" atau permintaan luarbiasa kepada logam berharga.

3. Perang,Penakhlukan dan Krisis
Sewaktu berlaku krisis nasional , orang ramai takut aset mereka akan dibekukan dan matawang tidak bernilai lagi.Mereka melihat emas sebagai aset ketara yang boleh membeli makanan atau pengangkutan.Ketika berlaku ketidakpastian ,terutamanya jika akan berlaku perang,permintaan kepada emas akan meningkat.

Jenis Jenis Pelabur
Pelabur membeli emas kerana berbagai sebab. Keinginan untuk mempelbagaikan aset , menyorokkan kekayaan daripada dikenakan cukai oleh pihak berkuasa, untuk kepentingan fahaman politik atau ketakutan berlaku kegawatan ekonomi atau krisis serius yang lain.

No comments:

Post a Comment